18 Mei 2011

Konvokesyen Hanisah


Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Ruangan pada kali ini, kami dari pihak PKHMS ingin mengucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PKHMS iaitu Hanisah Binti Muhammad Nasir kerana meraikan hari konvokesyen beliau pada tarikh 14 Mei 2011. Hari Konvokesyen ini berlangsung di Putrajaya International Convention Center.

Beliau yang telah berjaya menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Pengurusan Hotel & Konvensyen di Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU). Semoga kejayaan beliau ini menjadi titik tolak kejayaan di dalam hidup beliau di dunia dan akhirat. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Sekian, terima kasih

8 Mei 2011

Muhammad Ihsan Bin Azlan


Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Pada tanggal 7 Mei 2011 bersamaan dengan 4 Jamadilakhir 1432H, telah lahir seorang putera kedua kepada pasangan Azlan dan Nurul Huda. Nama putera yang telah dilahirkan ialah Muhammad Ihsan Bin Azlan. Kami dari PKHMS mengucapkan tahniah kepada pasangan Azlan dan Nurul Huda. Semoga kehadiran Muhammad Ihsan mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan di dalam keluarga.

Ucapan tahniah juga kepada ahli PKHMS iaitu Muhammad Nasir Bin Burhan diatas menyambut kelahiran cucunya yang kedua. Pada tarikh lahir yang sama, kami juga meraikan hari lahir salah seorang ahli PKHMS iaitu Badariah Binti Burhan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Puan Badariah Binti Burhan.

Sekian