31 Okt 2010

Tahniah Muhammad Hatta


Salam Kepada Ahli Pakatan,

Untuk ruangan kali ini, pihak PKHMS dan ahli PKHMS ingin mengucapkan tahniah kepada Muhammad Hatta Bin Baharuddin diatas kejayaan beliau yang mana beliau dikurniakan segulung Diploma di dalam bidang Elektronik Perindustrian (Teknologi Elektronik & Maklumat). Pada tanggal 30 Oktober 2010, Majlis Konvokesyen telah diadakan di German Malaysian Institute, Bangi bagi meraikan hari bersejarah beliau.

Sehubungan dengan ini, kami dari PKHMS berharap agar kejayaan Muhammad Hatta harus dijadikan contoh kepada ahli PKHMS yang lain untuk berjaya dalam bidang pelajaran atau bidang lain yang anda ceburi. Kami juga berharap agar kejayaan ini menjadikan pendorong untuk Muhammad Hatta terus maju dalam hidup serta menyambung pelajaran beliau ke peringkat yang lebih tinggi.

Oleh itu, terimalah video klip oleh Cliff Richard yang bertajuk "Congratulations" ditujukan khas kepada Muhammad Hatta. Semoga terhibur.



12 Okt 2010

Naureen Rahil Sumayyah



Assalamualaikum wbt...

Pada rencana kali ini, pihak PKHMS telah mendapat berita gembira mengenai kelahiran seorang puteri yang comel dan sempurna. Beliau yang telah dilahirkan pada tanggal 15 September 2010 iaitu bersamaan dengan 6 Syawal 1431 Hijrah. Puteri ini telah dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada pukul 3.08 petang.

Kami dari pihak dan ahli PKHMS mengucapkan tahniah kepada ibubapa puteri ini iaitu Mohd Iskandar B. Mohd Yusof dan Nurul Aiza Bt. Mohd Zaki mengenai kelahiran puteri beliau. Buat pengetahuan ahli PKHMS, puteri kepada Mohd Iskandar dan Nurul Aiza ini diberi nama Naureen Rahil Sumayyah.

Dengan hadirnya Naureen Rahil Sumayyah ke dunia ini dapat menambahkan sinar kemesraan di dalam keluarga. Tahniah juga buat En Yusof (Tok Uda) dengan gelaran Datuk yang tidak ternilai diberikan oleh Allah swt.

Justeru, mari kita beramai-ramai mendoakan agar Naureen Rahil Sumayyah berada dalam keadaan sihat sejahtera hendak-Nya dan kelak besar nanti menjadi seorang wirawati yang memperjuangkan agama, bangsa dan negaranya.

P/S: Pihak PKHMS juga ingin memberitahu mengenai keadaan kesihatan En Yusof (Tok Uda) yang telah selamat menjalani pembedahan terhadap sakit yang dialami oleh beliau. Kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah agar beliau sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Al Fatihah.

Sila klik disini untuk melihat album Naureen Rahil Sumayyah >>


Maaf, kekurangan gambar kerana kekurangan sumber dari pihak ayah. Salam

9 Okt 2010

Tips Menjelang Peperiksaan


Assalamualaikum,

Minggu peperiksaan semakin tiba dan kini masanya untuk pelajar-pelajar memerah segala keringat untuk dicurahkan ke atas helaian kertas peperiksaan. Oleh itu, tidak terlambat rasanya untuk kami dari pihak PKHMS untuk mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah. Walaupun sedia maklum peperiksaan UPSR sudah pun tamat.

Kepada pelajar-pelajar yang sudah tamat peperiksaannya, isilah masa terluang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan berpengetahuan. Agar kelak menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Oleh itu, kami dari pihak PKHMS ingin memberikan tip-tip ketika hendak belajar dan ketika berada didalam dewan peperiksaan.

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Pastikan semua nota dikemaskini dan disusun rapi mengikut aturan sinopsis kursus
  • Ulangkaji nota secara konsisten secara individu
  • Bina dan jawab soalan daripada nota kuliah
  • Semak soalan-soalan yang lepas bagi memastikan
  • format soalan (objektif & esei)
  • masa yang ditetapkan
  • bilangan soalan yang harus dijawab
  • markah yang diberikan pada setiap soalan
  • Jumpa dan berbincang dengan pensyarah bagi mengenalpasti teknik menjawab soalan yang dikenalpasti
  • Adakan perbincangan dalam kumpulan kecil bersama-sama rakan secara konsisten
  • Jadi guru dan ajar kepada rakan-rakan anda berkaitan dengan sesuatu topik
  • Dapatkan jadual peperiksaan, semak dengan rakan bagi memastikan tarikh, masa dan kursus tepat
  • Buat satu jadual yang dapat dilihat jelas
HARI PEPERIKSAAN
  • Bersarapan sebelum ke dewan peperiksaan
  • Datang awal ke dewan peperiksaan
  • Tenangkan fikiran dan elakkan membuat perbincangan di saat akhir bersama-sama dengan rakan
  • Fokuskan pemikiran anda terhadap apa yang anda ketahui
  • Bercakap dengan rakan anda sekiranya ia dapat memberi ketenangan kepada anda
SEMASA PEPERIKSAAN
  • Baca arahan dengan teliti.
  • Pastikan apa yang perlu anda lakukan dan bagaimana hendak melakukannya
  • Baca setiap soalan dengan teliti.
  • Gariskan perkataan yang penting dalam soalan
  • Uruskan masa bagi menjawab setiap soalan berpandukan kepada;
  • masa yang diperuntukkan bagi keseluruhan peperiksaan
  • bilangan soalan yang perlu dijawab
  • markah yang diperuntukan bagi setiap soalan dan pecahan bagi setiap soalan
  • Lakarkan jawapan dengan menggunakan teknik peta minda dan pastikan dapat memenuhi kehendak soalan
  • Tulis jawapan mengikut urutan isi dengan tulisan yang jelas dengan menggunakan pen berdawat terang (hitam)
  • Jawab soalan yang mudah terlebih dahulu sebelum memberi perhatian pada soalan yang sukar
  • Susun kertas jawapan mengikut urutan nombor soalan
  • Pastikan nombor angkagiliran ditulis dengan jelas pada setiap helaian kertas jawapan
  • Ikat kertas jawapan dengan kemas dan pastikan semua arahan dituruti
  • Letakan kertas jawapan di atas meja sehinggalah dipungut oleh pengawas peperiksaan
SELEPAS PEPERIKSAAN
  • Elakkan daripada membuat ‘post mortem’ bersama-sama dengan rakan selepas waktu peperiksaan.
  • Tenangkan fikiran anda dan cuba memberi tumpuan terhadap kertas peperiksaan yang lain
  • Yakin diri anda yang anda telah membuat habis baik dalam peperiksaan
  • Releks dan lakukan aktiviti riadah sebelum menghadapi kertas peperiksaan yang lain.

Doa untuk kefahaman yang baik dan ingatan sempurna untuk sewaktu menelaah pelajaran


Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, 
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan

Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu

5 Okt 2010

Jemputan Perkahwinan Tuan Haji Mansor & Puan Hajah Badariah


Salam ahli PKHMS,

Tuan Haji Mansor Bin Maizan dan Puan Hjh Badariah Borhan mengumumkan majlis persandingan anak beliau iaitu Muhammad Syahmi Bin Mansor dan pasangannya Juaini Ayla Binti Mohd Johan. Persandingan ini berlangsung pada:

Tarikh: 
10 Oktober 2010 bersamaan 2 Zulkaedah 1431H 

Waktu: 
12.00pm - 4.00pm 
1.30 pm [Ketibaan Pengantin]

Tempat: 
Dewan Sri Perkasa, 
Masjid Imam As Shafie, 
Taman Maluri, 
55100, Kuala Lumpur

Sehubungan dengan perkara ini, beliau dengan hormatnya mengundang ke semua ahli PKHMS hadir bagi menyerikan majlis persandingan ini.