15 Dis 2010

Afifah


Assalamualaikum.....

Ruangan kali ini adalah untuk memperkenalkan lagi seorang hamba Allah yang telah lahir ke dunia ini. Hamba Allah ini adalah puteri kepada Nurhayati M Yamin dan pasangan. Ucapan tahniah dari ahli dan pihak PKHMS kepada pasangan ini kerana telah dikurniakan cahaya mata yang tidak ternilai harganya dari Allah SWT.

Puteri ini diberikan nama Afifah yang mana ia bermaksud berbudi bahasa, punya harga diri atau bermartabat tinggi. Puteri ini dilahirkan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada tanggal 28 September 2010 bersamaan dengan 19 Syawal 1431 Hijrah pada pukul 8.50 malam.

Namun begitu, puteri kepada pasangan ini masih berada di hospital kerana dijangkiti jangkitan paru-paru. Oleh itu, saya menyeru kepada ahli PKHMS agar mendoakan yang terbaik kepada Afifah. Semoga beliau berada dalam keadaan yang sihat dan normal seperti kanak-kanak lain. Semoga Allah memberkati beliau.

Tahniah kepada ahli PKHMS iaitu Muhammad Yamin aka Pak Lang Yamin kerana dikurniakan oleh Allah cucu yang ke 4. Semoga kedatangan Afifah ke dunia ini menjanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada keluarga beliau. Insyallah.

Sekian, terima kasih.


8 Dis 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum ahli PKHMS,

Sempena menyambut tahun baru iaitu bersamaan 1 Muharam 1432 Hijrah, kami dariPakatan Keluarga Haji Md Shah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua ahli pakatan. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, ia menjadikan kita semua lebih maju ke hadapan menuju kejayaan dengan mewujudkan atau memperbaharui azam baru kita. Diharap agar kita berubah kepada yang lebih baik. Oleh itu sama-samalah kita renungi ayat ini.


'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'

(Surah Al-ANbiya': 105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

Amin, ya rabbalalamin