23 Mac 2011

Gegaran Keputusan SPM 2010


Assalamualaikum semua ahli,

Agak lama juga tiada khabar berita dari laman web PKHMS ini kerana pihak pentadbir agak sibuk dalam urusan kerja seharian. Namun penerbitan artikel kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2010. Ini kerana keputusan SPM 2010 telah diumumkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia pada 23 Mac 2011.

Setiap dari anda seharusnya bangga dengan keputusan anda, ini kerana keputusan itu juga yang menunjukkan kesungguhan dan usaha anda. Namun yang merasa kecewa terhadap keputusan SPM, jangan merasa sedih dan teruskan berjuang dalam mengejar cita-cita dan impian. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Ingin diingatkan bahawa SPM bukan penentu kejayaan hidup tapi ia hanya permulaan untuk jaminan hidup.

Oleh itu, isi masa terluang anda semua dengan baik sementara menunggu panggilan IPTA dan IPTS yang kebanyakannya bermula pada bulan September. Kepada yang dipanggil ke Program Latihan Khidmat Negara, tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.

Namun kepada semua pelajar SPM yang mempunyai keputusan yang baik, bolehlah memohon biasiswa yang ditawarkan dari organisasi-organisasi. Apa yang saya tahu, biasiswa Telekom Malaysia telah dibuka dan sila lawat laman web mereka di http://ytm.tm.com.my/ untuk memuat turun borang dan terma dan syarat.

Sekian, terima kasih....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan