19 Jul 2011

Pemergian Haji Abdul Aziz Hj Jaudin


Assalamualaikum wbt kepada ahli PKHMS,

Kami dari pihak PKHMS mengucapkan takziah kepada keluarga Hjh Salmiah Binti Haji Md Shah kerana pemergian Allahyarham Haji Abdul Aziz Hj Jaudin. Haji Abdul Aziz yang juga dikenali sebagai Pak Nyah telah meninggal dunia pada 18 Julai 2011 pukul 7 malam di rumah beliau di Taman Keramat AU 2, Kuala Lumpur. Oleh itu, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga roh beliau dirahmati Allah swt.

Al-Fatihah

1 Jul 2011

Majlis Pertunangan Hanisah & Eusoff


Assalamualaikum ahli PKHMS,

Pada hari Sabtu tanggal 23 Julai 2011 bersamaan dengan 23 Syaaban 1432H, telah berlangsungnya sebuah majlis pertunangan diantara Hanisah iaitu anak kepada Muhammad Nasir Bin Burhan dengan pasangannya Eusoff Salehuddin Bin Salehuddin. Majlis ini telah berlangsung di rumah Encik Muhammad Nasir iaitu di Klebang Besar, Melaka. Dari pihak PKHMS, ucapan tahniah diucapkan kepada pasangan ini, semoga hubungan ini berkekalan menuju ke gerbang perkahwinan.

Pada hari tersebut juga turut berlangsung kenduri arwah dan kesyukuran sempena menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kedatangan Ramadhan pada tahun ini mendatangkan keberkatan kepada semua. Inshallah.

Sekian, terima kasih.


13 Jun 2011

Majlis Pertunangan Fatimah & Sulaiman


Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 11 Jun 2011, satu majlis pertunangan diadakan di Paya Rumput, Melaka iaitu di rumah En Md Amin. Majlis pertunangan ini adalah untuk meraikan pasangan Ummu Khair Fatimah iaitu anak kepada pasangan Pn Zaidah dan Allahyarham En Tajul dengan pasangan lelakinya iaitu Che Sulaiman bin Yaacob dari Gua Musang, Kelantan.

Kami dari pihak PKHMS mengucapkan tahniah kepada pasangan Ummu Khair Fatimah dan Che Sulaiman diatas ikatan yang terjalin diantara dua keluarga. Semoga perhubungan yang terjalin ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke anak cucu.

Sekian, terima kasih


6 Jun 2011

Hari Keluarga PKHMS 2011


Assalamualaikum ahli PKHMS,

Pada hari Sabtu bersamaan 4 Jun 2011, ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa PKHMS kerana dengan jayanya telah menganjurkan Hari Keluarga PKHMS 2011. Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir kerana telah mengorbankan masa hujung minggu dan bersama-sama meramaikan hari keluarga ini.

Diharapkan agar semua ahli terhibur dengan hari keluarga PKHMS ini dan dengan harapan agar ikatan silaturahim yang terjalin ini dapat menyatukan kita semua.

Kepada ahli-ahli yang ingin berkongsi kenangan di hari keluarga, bolehlah kiranya email semua gambar-gambar kepada pentadbir laman web PKHMS.

Sekian, terima kasih.

18 Mei 2011

Konvokesyen Hanisah


Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Ruangan pada kali ini, kami dari pihak PKHMS ingin mengucapkan tahniah kepada salah seorang ahli PKHMS iaitu Hanisah Binti Muhammad Nasir kerana meraikan hari konvokesyen beliau pada tarikh 14 Mei 2011. Hari Konvokesyen ini berlangsung di Putrajaya International Convention Center.

Beliau yang telah berjaya menamatkan kursus Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Pengurusan Hotel & Konvensyen di Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU). Semoga kejayaan beliau ini menjadi titik tolak kejayaan di dalam hidup beliau di dunia dan akhirat. Tahniah diucapkan sekali lagi.

Sekian, terima kasih

8 Mei 2011

Muhammad Ihsan Bin Azlan


Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Pada tanggal 7 Mei 2011 bersamaan dengan 4 Jamadilakhir 1432H, telah lahir seorang putera kedua kepada pasangan Azlan dan Nurul Huda. Nama putera yang telah dilahirkan ialah Muhammad Ihsan Bin Azlan. Kami dari PKHMS mengucapkan tahniah kepada pasangan Azlan dan Nurul Huda. Semoga kehadiran Muhammad Ihsan mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan di dalam keluarga.

Ucapan tahniah juga kepada ahli PKHMS iaitu Muhammad Nasir Bin Burhan diatas menyambut kelahiran cucunya yang kedua. Pada tarikh lahir yang sama, kami juga meraikan hari lahir salah seorang ahli PKHMS iaitu Badariah Binti Burhan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Puan Badariah Binti Burhan.

Sekian


23 Mac 2011

Gegaran Keputusan SPM 2010


Assalamualaikum semua ahli,

Agak lama juga tiada khabar berita dari laman web PKHMS ini kerana pihak pentadbir agak sibuk dalam urusan kerja seharian. Namun penerbitan artikel kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2010. Ini kerana keputusan SPM 2010 telah diumumkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia pada 23 Mac 2011.

Setiap dari anda seharusnya bangga dengan keputusan anda, ini kerana keputusan itu juga yang menunjukkan kesungguhan dan usaha anda. Namun yang merasa kecewa terhadap keputusan SPM, jangan merasa sedih dan teruskan berjuang dalam mengejar cita-cita dan impian. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Ingin diingatkan bahawa SPM bukan penentu kejayaan hidup tapi ia hanya permulaan untuk jaminan hidup.

Oleh itu, isi masa terluang anda semua dengan baik sementara menunggu panggilan IPTA dan IPTS yang kebanyakannya bermula pada bulan September. Kepada yang dipanggil ke Program Latihan Khidmat Negara, tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.

Namun kepada semua pelajar SPM yang mempunyai keputusan yang baik, bolehlah memohon biasiswa yang ditawarkan dari organisasi-organisasi. Apa yang saya tahu, biasiswa Telekom Malaysia telah dibuka dan sila lawat laman web mereka di http://ytm.tm.com.my/ untuk memuat turun borang dan terma dan syarat.

Sekian, terima kasih....