31 Ogo 2010

Perasmian Galeri Datuk Wira Haji Borhan Md Yaman


Pada tanggal 30 Ogos 2010, satu peristiwa bersejarah dalam diari Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman kerana telah dijemput untuk merasmikan Galeri Datuk Wira Borhan Bin Md Yaman. Peristiwa bersejarah ini telah diadakan di Aras 1, Bangunan Muzium Rakyat, Kecantikan, Layang-layang dan 3D, Jalan Kota, Melaka. Peristiwa bersejarah ini telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). Perasmian galeri ini adalah bersempena dengan Hari Kermerdekaan ke 53 tahun ini.

Tujuan galeri ini diwujudkan adalah untuk mempamerkan dan mempersembahkan sejarah kehidupan dan sumbangan Datuk Wira Borhan dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957. Objektif galeri ini adalah untuk menyampaikan maklumat kepada generasi kini bagi memperkenalkan dan menghayati perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan.

Kepada ahli-ahli Pakatan Keluarga Haji Md Shah, saya menyarankan agar mengunjungi Galeri Datuk Wira Haji Borhan Md Yaman di Bangunan Muzium Rakyat, Kecantikan, Layang-layang dan 3D, Jalan Kota, Melaka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan