13 Sep 2010

Mesyuarat Pakatan Keluarga Haji Mohd Shah 2010


 Assalamualaikum kepada ahli PKHMS,

Pada 11 September 2010 bersamaan 2 Syawal 1431 Hijrah, telah berlangsungnya Mesyuarat Tahunan Pakatan Keluarga Haji Md Shah (PKHMS) 2010 yang bertempat di Surau Balai, Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah, Melaka.

Untuk makluman ahli, mesyuarat ini dibahagi kepada dua kategori iaitu mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat tahunan. Seperti yang telah dipersetujui, kedua-dua mesyuarat ini diadakan berselang-seli setiap tahun. Objektif utama kedua-dua mesyuarat tersebut adalah untuk mengeratkan ukhuwah silaturrahim antara keluarga dan juga membincangkan perkara-perkara yang berbangkit yang berkaitan dengan Pakatan Keluarga Haji Md Shah.

Pada mesyuarat tahunan kali ini, ada beberapa perkara yang dibincangkan diantara ahli bagi menjayakan dan mengukuhkan lagi Pakatan Keluarga Haji Md Shah. Antara perkara-perkara yang telah dibincangkan ialah:-


  1. Pendaftaran ahli dan pembayaran yuran tahunan 
  2. Hari Keluarga 2011
  3. Laman Web Pakatan Keluarga Haji Md Shah
  4. Sumbangan Pendidikan kepada anak ahli PKHMS
  5. Susur galur keluarga Hajah Embah (isteri kedua Hj Md Shah)
  6. Laporan Penyata Kewangan Tahunan PKHMS
Fail untuk minit mesyuarat PKHMS 2010 ini akan dimuat naik pada laman web ini dibahagian dokumen.

Semasa mesyuarat ini berlangsung, Timbalan Pengerusi iaitu Datuk Haji Zainal Abidin memaklumkan bahawa AJK PKHMS telah bersetuju untuk menganjurkan Hari Keluarga PKHMS untuk kali yang ke 3. Melalui perbincangan diantara ahli PKHMS, mereka sebulat suara untuk mengadakan Hari Keluarga 2011 pada bulan Jun 2011. Sehubungan dengan perkara ini, pihak PKHMS amat mengalu-alukan sumbangan berbentuk wang, hadiah/hamper dan lain-lain sumbangan daripada ahli PKHMS. Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan, anda boleh terus menghubungi Tuan Haji Zakaria (Bendahari) atau En Johari (Setiausaha) (sila lihat pada direktori). Pihak PKHMS juga berharap agar sumbangan dari pihak anda dapat menjayakan penganjuran Hari Keluarga PKHMS 2011.

Untuk galeri gambar sila klik disini >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan