23 Mac 2011

Gegaran Keputusan SPM 2010


Assalamualaikum semua ahli,

Agak lama juga tiada khabar berita dari laman web PKHMS ini kerana pihak pentadbir agak sibuk dalam urusan kerja seharian. Namun penerbitan artikel kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2010. Ini kerana keputusan SPM 2010 telah diumumkan oleh Jabatan Pelajaran Malaysia pada 23 Mac 2011.

Setiap dari anda seharusnya bangga dengan keputusan anda, ini kerana keputusan itu juga yang menunjukkan kesungguhan dan usaha anda. Namun yang merasa kecewa terhadap keputusan SPM, jangan merasa sedih dan teruskan berjuang dalam mengejar cita-cita dan impian. Masih banyak yang boleh diperbaiki. Ingin diingatkan bahawa SPM bukan penentu kejayaan hidup tapi ia hanya permulaan untuk jaminan hidup.

Oleh itu, isi masa terluang anda semua dengan baik sementara menunggu panggilan IPTA dan IPTS yang kebanyakannya bermula pada bulan September. Kepada yang dipanggil ke Program Latihan Khidmat Negara, tunaikan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia.

Namun kepada semua pelajar SPM yang mempunyai keputusan yang baik, bolehlah memohon biasiswa yang ditawarkan dari organisasi-organisasi. Apa yang saya tahu, biasiswa Telekom Malaysia telah dibuka dan sila lawat laman web mereka di http://ytm.tm.com.my/ untuk memuat turun borang dan terma dan syarat.

Sekian, terima kasih....

12 Feb 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H


Assalamualaikum w.b.t,

Pada 15hb Februari 2011 bersamaan dengan 12 Rabi'ul Awal 1432H, ia adalah tarikh yang sangat bermakna untuk kita sebagai umat Islam akhir zaman dan juga umat Nabi terakhir. Pada tarikh itu, umat Islam akan menyambut hari kelahiran Nabi sanjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, marilah kita megenang kembali sertai menhargai perjuangan Nabi Muhammad dalam memperjuangkan agama Islam serta umat Islam yang beliau sayangi.

Sempena hari berkenaan, marilah kita beramai-ramai berselawat ke atas nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad SAW sebagai tanda mengenang jasa dan menghargai beliau. Kepada ahli-ahli PKHMS bolehlah anda menyertai sambutan Maulidur Rasul di tempat-tempat kediaman, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan di tempat anda. Oleh itu, salam mesra dari PKHMS. Tontonilah video dari Raihan bertajuk Selawat Nabi.

Sekian, terima kasih


3 Jan 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena tahun 2011 yang sudah menjelang tiba, rasanya masih belum terlambat untuk pihak PKHMS mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Kami dari PKHMS mengucapkan semoga agar anda semua berada dalam keberkatan Allah swt dan berharap agar azam tahun 2011 dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan gemilang.

Kepada ahli PKHMS yang ingin mengadakan majlis-majlis atau aktiviti sila beritahu kepada pihak kami agar cerita atau berita boleh dimuatkan dalam laman web ini. Diingatkan juga kepada ahli-ahli bahawa tahun ini Hari Keluarga Pakatan Haji Md Shah akan diadakan pada bulan 6. Saya mengharap agar kita beramai-ramai dapat datang untuk merapatkan silaturahim diantara ahli PKHMS.

Oleh itu terimalah video klip dari ABBA bertajuk Happy New Year. Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih.



15 Dis 2010

Afifah


Assalamualaikum.....

Ruangan kali ini adalah untuk memperkenalkan lagi seorang hamba Allah yang telah lahir ke dunia ini. Hamba Allah ini adalah puteri kepada Nurhayati M Yamin dan pasangan. Ucapan tahniah dari ahli dan pihak PKHMS kepada pasangan ini kerana telah dikurniakan cahaya mata yang tidak ternilai harganya dari Allah SWT.

Puteri ini diberikan nama Afifah yang mana ia bermaksud berbudi bahasa, punya harga diri atau bermartabat tinggi. Puteri ini dilahirkan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada tanggal 28 September 2010 bersamaan dengan 19 Syawal 1431 Hijrah pada pukul 8.50 malam.

Namun begitu, puteri kepada pasangan ini masih berada di hospital kerana dijangkiti jangkitan paru-paru. Oleh itu, saya menyeru kepada ahli PKHMS agar mendoakan yang terbaik kepada Afifah. Semoga beliau berada dalam keadaan yang sihat dan normal seperti kanak-kanak lain. Semoga Allah memberkati beliau.

Tahniah kepada ahli PKHMS iaitu Muhammad Yamin aka Pak Lang Yamin kerana dikurniakan oleh Allah cucu yang ke 4. Semoga kedatangan Afifah ke dunia ini menjanjikan kesejahteraan dan kebahagiaan kepada keluarga beliau. Insyallah.

Sekian, terima kasih.


8 Dis 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Assalamualaikum ahli PKHMS,

Sempena menyambut tahun baru iaitu bersamaan 1 Muharam 1432 Hijrah, kami dariPakatan Keluarga Haji Md Shah ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua ahli pakatan. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, ia menjadikan kita semua lebih maju ke hadapan menuju kejayaan dengan mewujudkan atau memperbaharui azam baru kita. Diharap agar kita berubah kepada yang lebih baik. Oleh itu sama-samalah kita renungi ayat ini.


'Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis dalam kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz, bahawasanya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang soleh'

(Surah Al-ANbiya': 105)

Ayat tersebut menjelaskan kepada orang Islam tentang hak mereka mewarisi pentadbiran bumi ini, tetapi dengan syarat bahawa mereka terdiri dari golongan orang-orang yang soleh. Jika syarat tersebut luput, maka mereka tidak berhak apatah lagi layak mendapatkannya.

Bagi melepaskan diri dari kongkongan kelemahan dan kehinaan, maka umat Islam perlu melihat hijrah dalam pengertiannya yang luas iaitu perubahan diri menuju kepada kegemilangan di dunia dan di akhirat. Untuk itu maka langkah yang perlu diatur mestilah mengandungi kefahaman yang jelas dan gerak kerja yang teratur dan betul.

Perubahan ke arah kemajuan dan kemuliaan ummah bermula dengan pengisian kefahaman bahawa Islam adalah agama yang agung dan mulia maka umatnya juga jelas adalah umat yang agung dan mulia. Namun ia hanya dapat dicapai menerusi kekuatan spiritual, moral, fizikal, dan daya cipta serta kesatuan umat itu sendiri. Masyarakat Islam juga wajib memahami bahawa segala ilmu yang baik dan berfaedah kepada manusia adalah termasuk ke dalam ilmu yang disukai dan dituntut oleh Islam. Oleh itu, menuntut ilmu yang bermanfaat adalah satu kewajipan dan dikira berdosa mereka yang mengabaikannya. Masyarakat juga perlu memahami bahawa mereka merupakan pewaris yang sah kepada kepimpinan bumi ini. Tanpa pertunjuk dan panduan hidup dari Allah Tuhan semesta alam, mustahil kaum lain yang mensyirikkan Allah s.w.t layak mentadbir bumi yang diciptakan-Nya.

Amin, ya rabbalalamin

26 Nov 2010

Al Fatihah buat Allahyarham En Tajul Ariff


Salam Ahli PKHMS,

Kami dari pihak PKHMS mengucapkan takziah ke atas keluarga Pn Zaidah Binti Md Amin, keatas pemergian suami beliau iaitu En Tajul Ariff bin Johari. Marilah kita sama2 mendoakan agar roh En Tajul Ariff berada dikalangan para syuhada. Semoga Allah merahmati roh beliau.

Saya berharap agar Pn Zaidah serta anak-anak kuat dan tabah menghadapi takdir ilahi ini. Kepada sesiapa yang mempunyai masa lapang dan ngin melawat keluarga jenazah bolehlah melawat di alamat No 19, Jalan Persiaran 2, Taman Slim Permai, Kampung Balun, Slimriver, Perak.

Al-Fatihah.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

19 Nov 2010

UPSR


Salam 1 Pakatan,

Ruangan kami pada kali ini adalah untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan murid-murid UPSR yang telah mendapat keputusan UPSR yang diumumkan pada minggu lepas. Kami dari pihak PKHMS meminta maaf tidak dapat mengenalpasti ahli2 PKHMS yang telah mengambil UPSR pada tahun ini.

Namun, kami sekali lagin ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan ahli2 PKHMS yang mengambil UPSR pada tahun ini. Namun nasihat kami, agar janganlah anda bangga dan lalai dengan keputusan ini kerana didepan masih banyak laluan, halangan dan cabaran yang harus dilalui. Sebaliknya bersyukur kepadaNya dengan keputusan dan berusaha untuk maju ke depan atau menuju kepada yang lebih baik.

Oleh itu, terimalah video khas kepada murid-murid UPSR yang bertajuk "Thank You Allah" dari Maher Zain.